BeritaPendidikan

Kes Covid-19 mencanak tinggi, kenapa Menteri Pelajaran tak tutup sekolah?

KEGELISAHAN dan kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah memuncak semalam apabila kes Covid-19 meningkat secara mendadak sehingga mencecah 432 kes.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah untuk diambil maklum oleh seluruh rakyat negara ini.

Jumaat lepas, Dr. Noor Hisham dalam sidang akharnya telah menyatakan, trend peningkatan inilah yang dikuatiri oleh pihak kementerian dan peringatan kepada semua pihak.

Dengan catatan angka Covid-19 yang meningkat sebelum ini iaitu pada bulan Jun 275 kemudian 260 kes kepada 285.

Dan semalam, catatan tertinggi 432 kes Covid, wajarkah anak-anak kita pergi ke sekolah walaupun dipakaikan pelitup muka (face mask) dan dibekalkan dengan hand sanitizer selain penjarakan fizikal di sekolah.

Kumpulan anak-anak ke sekolah ialah kalangan pelajar sekolah rendah berumur 7 tahun sehingga 12 tahun manakala pelajar sekolah menengah pula, 13 tahun (tingkatan satu) sehingga tingkatan lima (17 tahun).

Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md Jidin perlu bertindak pro-aktif sekalipun tindakan itu dilihat drastik daripada pihak kementeriannya.

Beliau sepatutnya menutup sekolah-sekolah rendah buat sementara waktu. Dan waktu inilah sewajarnya sekolah ditutup.

Fikirkanlah keselamatan dan nyawa anak-anak kita kerana wabak Covid-19 ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, jauh sekali dapat dikesan kedudukannya.

Bukan mahu Radzi Jidin mencetuskan situasi panik tetapi pertimbangkanlah kebimbangan ibu bapa yang ada anak-anak yang bersekolah rendah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam disahkan positif Covid-19 dan kini dirawat di hospital.

Sebagai seorang menteri, Zulkifli banyak turun padang, bertemu orang ramai termasuklah kalangan guru-guru sekolah.

Mereka yang ada kontak rapat dengan Zulkifli mesti gabra sebab bimbang dijangkiti Covid-19.

Tiada sesiapapun yang kebal daripada wabak yang menjadi pandemik di seluruh dunia ini.

Guru-guru yang bersua empat mata dengan Zulkifli perlu membuat ujian kesihatan untuk memastikan mereka ini bebas daripada terkena jangkitan.

Maklumlah, guru-guru ini juga pergi ke sekolah dan mengajar murid-murid… Itu juga dikira sebagai kontak rapat.

Ada yang bertanya, mengapa Radzi Jidin tidak bertindak mengumumkan penutupan sekolah buat sementara waktu? Apakah yang dia tunggu?

Tidak perlu tunggu sehingga keadaan menjadi lebih parah kerana pepatah Melayu berbunyi, ‘sudah terantuk baru tengadah’, janganlah diguna pakai dalam kes Covid-16.

Kalau pentadbiran universiti mengambil langkah bijak dengan menutup dan menunda sesi pendaftaran mahasiswa dan mahasiswi, sepatutnya sekolah-sekolah juga ditutup buat sementara waktu.

Ini akan sekurang-kurangnya, mengendurkan rantaian Covid-19. Jangan tunggu lama-lama lagi kerana kita perlu mengambil kira, Menteri sebelum ini melakukan lawatan-lawatan ke sekolah-sekolah dan universiti. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button