NasionalPendidikan

Kes buli: Ibu bapa diminta selesai isu dengan guru diluar mahkamah

IBU bapa murid mangsa buli dekat sebuah sekolah menengah di Temerloh Pahang diminta dapat menyelesaikan isu dengan guru terlibat di luar mahkamah.

Ia berikutan kemungkinan berlaku salah faham antara keluarga murid berkenaan dengan guru yang dikatakan gagal mengawal kelakuan murid dalam kelas ketika kejadian buli itu berlaku.

Justeru, guru terbabit perlu diberi peluang menyatakan penjelasan ketika kejadian itu berlaku sama ada dalam waktu pertukaran kelas ataupun sebaliknya.

Bagaimanapun, ia masih terpulang kepada keluarga murid perempuan itu untuk meneruskan saman yang dikemukakan kepada empat pihak termasuk sekolah dan kerajaan di Mahkamah Tinggi Temerloh.

“Ibu bapa sememangnya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap anak yang menjadi mangsa buli terutamanya ketika di sekolah.

BACA > Ahli perniagaan hilang RM2.8 juta akibat Macau Scam — Suara Merdeka

“Malah tindakan tersebut ke atas si pembuli adalah wajar sebagai pengajaran kepadanya supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

“Namun, ibu bapa murid tersebut diharapkan dapat menyelesaikan pertikaian dengan guru terbabit di luar mahkamah dengan mengambil kira pelbagai faktor.

“Tidak mungkin guru berkenaan mampu membayar pampasan yang diminta. Ditambah pula guru berkenaan mungkin keluar kelas sebentar atau pun ketika itu waktu senggang.

“Menyalahkan guru bukanlah penyelesaian, sebab murid kalau dia hendak buat (buli) depan guru pun berani.”

Kata Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md. Kechik ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

BACA > ‘Kantoi’ jual alat ganti motosikal tiruan — Suara Merdeka

Suara Merdeka pada Ahad lalu memetik laporan The Star apabila seorang wanita membuat tuntutan saman hampir RM2 juta.

Tuntutan itu dibuat Zaiton Yusoff kerana anaknya menjadi mangsa buli pada 11 Julai tahun lepas.

Empat pihak dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan tersebut iaitu murid terbabit melalui ayahnya, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Ketua Pengarah Pendidikan dan kerajaan.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Aminuddin Awang turut menyatakan pendirian sama supaya isu dengan guru diselesaikan di luar mahkamah.

“Seeloknya selesaikan di luar mahkamah kerana guru dan sekolah mempunyai kaedah penyelesaian berhubung isu buli.

“Ibu bapa, guru dan sekolah seperti satu keluarga. Namun terpulang kepada ibu baba murid berkenaan untuk meneruskan atau sebaliknya.

BACA > Beri autonomi kepada sekolah laksana SOP — Suara Merdeka

“NUTP boleh membantu guru terbabit, tetapi akan menyiasat terlebih dahulu. Jika wajar dibantu kita akan sediakan peguam untuk mudahkan urusannya di mahkamah,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button