Nasional

Abang dah kena tangkap, adik pula dalam buruan

POLIS menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes pecah kenderaan dalam serbuan di Jalan PJU 8/3A Damansara Perdana, Selangor kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, adiknya yang dikenali sebagai Zafran dan turut terlibat dengan jenayah tersebut kini diburu pihaknya.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek yang berusia 28 tahun telah mengaku terlibat dengan jenayah pecah cermin kereta di Kawasan Damansara.

BACA> ‘Kantoi’ jual alat ganti motosikal tiruan

“Pasangan adik beradik ini aktif melakukan jenayah ini sejak Januari lalu dan menyasarkan kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir di Damansara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, selain tangkapan, pihaknya telah menemukan sejumlah barang yang dipercayai digunakan untuk aktiviti jenayah antaranya ketulan serpihan spark plug dan serangkai kunci.

Jelasnya, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai lima rekod berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Suspek telah ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kereta yang mampu menarik perhatian penjenayah. -SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button