Nasional

• Kes baharu : 4,113 kes • Kes kematian : 34 kes • Kes yang memerlukan rawatan ICU: 482 kes

Kenyataan Akhbar KPK 14 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh : 4,190 kes (418,897 kes kumulatif, 90.6%);
• Kes baharu : 4,113 kes (462,190 kes kumulatif);
• Kes import : 1 kes (1 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 4,112 kes [3,791 warganegara (92.2%); 321 bukan warganegara (7.8%)];
• Kes aktif : 41,471 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 482 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 250 kes;
• Kes kematian : 34 kes (1,822 kes kumulatif, 0.39%; 34 warganegara);
• Jumlah kluster : 1,861 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,400 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 461 kluster.
Terdapat 34 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan (😎 kes di Selangor, masing-masing enam (6) kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, empat (4) kes di Kelantan, tiga (3) kes di Kedah, masing-masing dua (2) kes di Sabah dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak, Perak, dan Terengganu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button