Luar NegaraNasional

Kertas Pandora: Benarkah Ada Kaitan Dengan Harta Kesultanan Melayu Di Luar Negara?

Kertas Pandora merupakan pendedahan terkini berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan offshore.

Memetik laporan Sinar Harian, offshore merujuk kepada syarikat berpangkalan di negara luar, mempunyai rangkaian dan struktur yang kompleks diwujudkan merentasi sempadan.

Konsep ini dibangunkan bagi menyembunyikan pemilikan kekayaan dalam bentuk wang dan asset dan konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) tampil dengan pendedahan mengejutkan.

Dakwa mereka, ratusan pemimpin dunia, ahli politik berpengaruh, bilionaire, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah telah menyembunyikan kekayaan mereka sejak 25 tahun lepas.

Menariknya dalam senarai yang disebutkan di atas, pemimpin dari Malaysia juga didakwa tidak ketinggalan melibatkan diri untuk menggunakan perkhidmatan offshore itu.

Desas-desus mengatakan juga, dalam perkhidmatan offshore itu juga mengandungi harta kesultanan Melayu sejak dari dahulu dan ketika rampasan berlaku, rakyat tidak tahu-menahu.

Maklumlah pada zaman itu cuma ada akhbar, apa yang diceritakan semalam, esok baru keluar, itu pun masih dikawal syarikat akbar yang berlesen dan dibenarkan beroperasi sahaja.

Sehubungan itu tidak peliklah bagaimana ada pemimpin politik boleh terus kekal kaya-raya dengan harta rompakan yang tidak diketahui oleh rakyat meskipun sudah tiada jawatan.

Tetapi paling sedih, sumber mengatakan sekiranya harta kesultanan Melayu itu berjaya dikeluarkan SEORANG PEMIMPIN YANG JUJUR, rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu tak perlu menderita.

Penulis percaya, dosa dan khilaf yang sengaja dibuat demi kepentingan peribadi yang menyusahkan jutaan rakyat lambat-laun akan terkantoi juga dan dalam kes kertas pandora, ia sedang berlaku ketika ini.

Jika media sosial tidak wujud, jika internet merentasi sempadan negara tidak dikecapi, rakyat mungkin terus ditipu ahli politik lama, yang sudah lama buat kerja-kerja kotor ini.

Tetapi sekarang, dosa boleh dikantoikan secara terbuka dan dipaparkan tanpa sekatan jika terbukti benar, maka penting untuk ICIJ menyiarkan senarai nama siapa yang terlibat dengannya.

Sebabnya cukup-cukuplah rakyat Malaysia ditipu dan tidak didedahkan tentang kewujudan harta kesultanan Melayu yang disembunyikan. Itu harta umum rakyat Malaysia daripada ketua agama Islam negara!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button