Ekonomi

Covid-19 buka peluang Dr. Irma pasarkan sanitizer superwangi

WALAUPUN Covid-19 menyebabkan banyak perusahaan dan perniagaan tutup namun virus itu turut menyumbang kepada penciptaan produk baharu.

Dr. Irma Shida Abu Samah yang merupakan usahawan produk kecantikan Dr Irma Skincare & Cosmetics mengambil peluang mengembangkan perniagaannya dengan mencipta dan menjual cecair pembersih tangan nyah kuman dengan wangian dan pelembab.

Dikenali sebagai Dr. Irma Sanitizer, cecair nyah kuman yang digunakan itu telah dipasarkan sejak tahun lalu dan telah melalui penyelidikan dan pembangunan serta ujian makmal selama enam bulan.

Menurut Dr. Irma, pembersih tangan keluarnya tidak mengandungi methanol, boleh membunuh kuman dalam tempoh kurang 15 saat dan mengandungi gliserin yang melembabkan kulit sekali gus melindungi tangan daripada mengelupas.

“Ada hand sanitizer 70 peratus alkohol. Tapi adakah alkohol yang digunakan itu selamat? Sebab kadang-kadang ada alkohol yang digunakan itu gred rendah ada methanol. Saya punya tidak ada methanol dan telah menjalani ujian klinikal.

“Dr. Irma Sanitizer ada alkohol 70 peratus gred tinggi. Boleh membunuh kuman dalam masa kurang 15 saat. Ada hand sanitizer yang membunuh kuman 30 saat dan sebab itu lambat kering.

“Lagi 30 peratus kandungan adalah air dan gliserin. Pakai ditangan tidak mengelupas dan melembutkan tangan. Sebab itu sesuai untuk kanak-kanak dan bayi. Ia juga mudah kering dan tidak meninggalkan kesan pada pakaian dan permukaan yang disembur,” katanya yang juga merupakan seorang doktor gigi dan mempunyai klinik gigi di Johor.

Pembersih kuman tersebut yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan GMP didatangkan dengan lima wangian iaitu Velvety Sweet Scent, Dreamy Rose Scent, Tutti Candy, Pretty Lovey dan Zesty Lemon.

Wangian yang digunakan adalah gred industri kosmetik dan selamat kepada pengguna.

Pengasas syarikat  Irma Ariandi Global Sdn. Bhd. itu berkata, pembersih tangan kini menjadi produk wajib dimiliki oleh pengguna disebabkan ancaman virus Covid-19. Justeru beliau amat memastikan produknya selamat kepada pengguna.

“Produk ini adalah halal dan dalam proses untuk mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,” katanya.

Dr. Irma Sanitizer didatangkan dalam dua pakej iaitu botol penyembur kecil 50ml berharga RM13 dan botol besar 500ml berharga RM39.

Selain dijual secara dalam talian, Dr. Irma Sanitizer turut jual di 34 kedai dalam pasar raya AEON, Koperasi Angkasa dan Lesung Mart di seluruh Malaysia.

Dr. Irma turut menjadi antara pembekal pembersih tangan kepada beberapa agensi kerajaan.

Beliau membuka tawaran kepada mereka yang berminat untuk menjadi agent dengan harga yang istimewa selain terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat korporat.

“Kita telah bekerjasama dengan beberapa syarikat korporat. Jika mereka mahu menghadiahkan produk ini kepada pelanggan. Kami boleh mengeluarkan edisi khas untuk kepada syarikat terbabit yang menggunakan lambang korporat mereka,” kata Dr. Irma.

Jenama Dr. Irma yang meliputi produk penjagaan kulit dan kesihatan sudah berada di pasaran selama enam tahun.

Beliau turut memenangi Anugerah Usahawan Muda MARA peringkat negeri Johor pada 2008. Dr. Irma juga akan melancarkan ubat gigi dan kumur anti Covid-19 bulan depan. -SM

(Visited 269 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button