NasionalNegeri

Kerjasama Baladna Dairy Facility, syarikat tempatan diharap jadi realiti – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, dengan kerjasama strategik di antara Baladna Dairy Facility yang berpangkalan di Qatar dengan syarikat-syarikat tempatan Malaysia untuk menjayakan projek tenusu berskala besar di Lembah Chuping, Perlis diharap akan menjadi realiti.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menerima taklimat khas yang dipersembahkan oleh Ahli Lembaga Pengarah Bebas syarikat Baladna Dairy Facility, Aidan Tynan di Hotel Hilton West Bay Doha, Qatar.

Tuanku Syed Faizuddin dalam titah juga berharap dengan kerjasama strategik tersebut juga sekiranya berjaya dilaksanakan nanti akan dapat memastikan keselamatan makanan di rantau ini.

Titah Baginda, selain ia turut membawa pelaburan, kepakaran dan teknologinya untuk meningkatkan pengeluaran susu segar negara.

Sekaligus titah Baginda ia dapat mengurangkan pergantungan Malaysia terhadap import tenusu.

Sebelum ini, Raja Muda mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat melawat fasiliti ladang Baladna Food Industries yang merupakan salah sebuah syarikat pengeluar produk tenusu terbesar di rantau Asia Barat.

Ladang yang berkeluasan 2.6 juta meter persegi dan mempunyai 24,000 ekor lembu tenusu dalam persekitaran yang selesa dan berhawa dingin. – SM

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button