Sukan

Kerja meroboh stadium Shah Alam sudah bermula semalam

SETELAH sekian lama, akhirnya kerja-kerja merobohkan Stadium Shah Alam sedang giat dilakukan oleh kontraktor Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) selepas syarikat pemaju menerima permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

 

Menurut Bernama semalam  (2 Julai) mendapati kerja perobohan yang dijangka mengambil masa setahun ini dilakukan secara konvensional menggunakan jentera dengan meminimumkan bunyi dan habuk.

Stadium Shah Alam dibina pada tahun 1991 dan dibuka secara rasmi pada tahun 1994 dengan kapasiti 80,372 orang.

 

Ia akan digantikan dengan stadium berwajah baharu yang lebih moden berkapasiti 35,000 sehingga 40,00 orang.

 

Dengan nama baharu Kompleks Sukan Shah Alam, fasiliti ini bakal memiliki padang boleh alih (retractable pitch) pertama di Malaysia, pusat latihan dan kemudahan canggih lain bertaraf dunia.

Artikle Berkaitan :>

Bumbung rosak: Stadium Shah Alam akan diperiksa sekali lagi

MP Shah Alam ucap terima kasih pada Ebit Lew

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button