Nasionalpilihan

Kerana dadah, anak sanggup pukul ibu berusia 73 tahun guna kayu hingga patah tangan

ANGKARA dadah, seorang anak tergamak memukul ibunya yang berusia 73 tahun dengan menggunakan sebatang kayu sehingga mengakibatkan mangsa patah pergelangan tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, kejadian berlaku di rumah mereka di kawasan Pelangi Damansara, Petaling Jaya Selangor kira-kira pukul 7 petang pada Sabtu lalu.

“Kita telah membuat serbuan ke rumah tersebut selepas satu laporan polis dibuat oleh mangsa dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 45 tahun yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek tersebut tidak bekerja dan sering bertindak agresif dengan memukul dan meminta wang kepada mangsa untuk membeli dadah,” katanya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 15 rekod dadah dan tiga rekod jenayah.

Jelasnya, suspek ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, warga emas tersebut telah mendapatkan rawatan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). – SM

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button