Nasional

Kerajaan tutup semua pelaburan dan perniagaan MARA

KERAJAAN perlu melihat semula asas penubuhan MARA pada Mac 1966 pada Kongres Ekonomi Bumiputera yang berpaksikan kepada pelaburan modal insan yang menumpu kepada pendidikan tinggi dan pendidikan kemahiran.

Satu lagi asas penubuhan MARA ialah berkaitan dengan pelaburan perniagaan yang menyemarakkan ekonomi bangsa Melayu.

Setelah berpuluh tahun MARA ditubuhkan dan pencapaian  serta kecemerlangan MARA begitu baik, sekarang bidang yang terbukti bagus dan menjadi itu ingin ditutup dengan alasan kononnya orang Melayu tidak pandai berniaga.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor,  Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dalam kenyataan medianya berkata, tanggapan orang Melayu tidak pandai berniaga adalah salah.

Sepanjang MARA wujud, kos pendidikan pelajar sangat minima.

Bahkan biasiswa tajaan penuh MARA juga diberi terus dan telus yang dapat dinikmati kerana punca kewangan dan kestabilan kewangan MARA selain berpunca dari sektor atau bidang perniagaan yang MARA ceburi.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini terhadap MARA? Mereka cuba untuk menswastakan pendidikan di bawah MARA jika tiada sumber kewangan.

Kesan yang kritikal ialah kos pembelajaran setiap pelajar akan meningkat.

Persoalannya, adakah kerajaan akan dan mampu menampung kos pengurusan pendidikan pada jangka masa panjang?

Cuba kita tanya, apakah kesan ekonomi dan pelaburan modal insan bagi orang Melayu selepas ini?

Ini bukan kecekapan pengurusan ekonomi dan sosio-ekonomi yang baik.

Langkah kerajaan sepatutnya memikirkan cara penambahbaikan atau melabur dalam bidang lain yang lebih menguntungkan sebaliknya Pakatan Harapan hari ini sangat bertentangan dan menyimpang jauh dari janji-janji manifesto Pendidikan Percuma PRU-14 mereka.

Kerajaan hari ini nyata berusaha untuk lebih menyusahkan rakyat, ibu bapa dan generasi akan datang terutamanya orang Melayu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button