Nasional

Kerajaan tidak jual PLUS, tetapi kadar tol akan dikurangkan – PM

Oleh BERNAMA

KERAJAAN memutuskan untuk tidak menjual Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Bhd tetapi syarikat konsesi perlu mengurangkan kadar tol, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata PLUS, syarikat konsesi lebuh raya terbesar negara ini akan kekal bersama Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata, ia adalah keputusan terbaik selepas mempertimbangkan pandangan daripada banyak pihak termasuk Kabinet.

“Kita telah mengkaji semua tawaran yang dibuat oleh sektor swasta dan juga oleh Khazanah dan pada akhirnya kita memutuskan bahawa cara terbaik bukan untuk menjual PLUS kepada sesiapa tetapi untuk mengekalkannya dengan Khazanah dan KWSP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks An-Nur Balai di ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini hari ini.

“Mereka perlu mengurangkan kadar tol sebanyak 18 peratus tetapi sila ingat bahawa 18 peratus ini ditetapkan pada kadar hari ini yang bermakna dalam masa 30 tahun kadar tol akan sangat rendah,” katanya kepada pemberita selepas

Khazanah memiliki kepentingan 51 peratus dalam PLUS manakala KWSP memegang baki 49 peratus.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button