Nasional

Kerajaan Sabah tidak pernah melarang sesiapa laksana kerja kebajikan

KERAJAAN negeri Sabah tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada sesiapa sahaja untuk melaksanakan kerja kebajikan di negeri ini.

Ini termasuk tidak pernah mengeluarkan arahan melarang penceramah bebas, Ebit Lew meneruskan kerja amal di pantai timur Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata pihaknya juga merujuk sama ada polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ada mengeluarkan larangan terhadap penceramah berkenaan.

“Kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada sesiapa sahaja untuk melaksanakan kerja kebajikan di negeri ini. Polis dan ESSCOM juga menyatakan perkara sama.

“Cuma, di pantai timur Sabah tertakluk kepada peraturan perintah berkurung, malah dilarang pergi ke tempat tertentu kerana ada risiko keselamatan.

“Polis dan Angakatan Tentera Malaysia (ATM) memandang berat perkara ini agar tidak menjadi sasaran sebarang cubaan jenayah,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 Sabah, di Kota KInabalu, malam ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button