Nasional

Kerajaan peruntuk RM2 juta bantu usahawan Orang Asli

PADA tahun 2022, Jabatan Kemajuan Orang Asli telah diperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk membantu usahawan perseorangan, perkongsian dan koperasi Orang Asli. Bantuan yang diberikan dalam bentuk geran, kursus, latihan serta program-program untuk usahawan dan koperasi Orang Asli, Timbalan Menteri Pembangunan Luar bandar, Dato’ Seri Abdul Rahman Mohamad berkata.

Kerajaan juga telah memberi geran bantuan bimbingan usahawan Orang Asli maksimum berjumlah RM55,000.00 dalam bentuk peralatan dan pembinaan premis perniagaan kepada usahawan Orang Asli.

Selain itu, Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) juga menyediakan geran berjumlah RM5,000.00 kepada setiap usahawan Orang Asli. Geran yang disediakan berbentuk bantuan premis, peralatan dan modal pusingan.

“Seramai 941 orang usahawan Orang Asli yang telah dibantu oleh pihak Jabatan. Daripada jumlah ini, seramai 629 orang usahawan Orang Asli bergiat aktif dalam perniagaan mereka. Manakala sehingga Mac 2022, seramai 411 usahawan Orang Asli telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka sehingga 15% daripada jumlah keseluruhan pendapatan.

“Selain daripada itu, Jabatan juga berperanan dalam membantu mempromosikan dan membuat jualan secara berkelompok melalui Program Karnival Usahawan Orang Asli (KUOA). Pada tahun 2022, KUOA telah diadakan di Negeri Perak melibatkan 35 orang usahawan terpilih dari setiap negeri dan hasil jualan selama 3 hari program tersebut berjumlah RM142,720.50, di samping mendapat sambutan yang menggalakkan dan tempahan daripada pihak pemborong,” tambahnya lagi bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh Dato’ Sri Abdul Azeez.


Banyak usahawan Orang Asli yang telah berjaya memasarkan barangan mereka keluar negara antaranya adalah madu kelulut, barang perabot dan juga kayu gaharu.

Pihak KPLB dan JAKOA akan terus komited untuk membangun dan memastikan usahawan-usahawan Orang Asli terus berkembang dan berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa. -SM

 

 

(Visited 20 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button