Kerajaan pertimbang wajibkan pemakaian pelitup muka
Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka bagi semua orang di tempat awam.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian mengenai perkara itu akan diumumkan apabila peraturan berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.
Muhyidin turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memainkan peranan masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)
BACA> Hati-hati, Covid-19 belum berakhir – PM
“Setiap individu dalam masyarakat adalah petugas barisan hadapan dan perlu saling menasihati antara satu sama lain.
“Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mengikut langkah-langkah pencegahan Covid-19 seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial dan mengelakkan sentuhan fizikal,” katanya dalam perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disiarkan secara langsung, hari ini. -SM