Nasional

Hati-hati, Covid-19 belum berakhir – PM

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat agar terus berhati-hati kerana pendemik Covid-19 masih belum berakhir.

Menerusi Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen sebentar tadi, Muhyiddin berkata, beliau sentiasa memantau Covid-19.

“Wabak ini belum berakhir. Negara luar catat kes tinggi. Sehingga semalam 1.45 juta orang dijangkiti Covid-19 di seluruh dunia lebih 600,000 kematian dicatatkan.

“Walaupun kes kekal rendah di negara kita, saya agak bimbang kewujudan tiga kelas kluster : restoran KL, dalam kalangan pekerja restoran, kluster stutong 18 julai lalu, dan pada 7 Julai lalu, empat kluster baru dikesan berpunca daripada mereka pulang dari luar negara iaitu kluster di Sarawak tiga kes, Melaka lima kes, Terengganu tiga kes dan Kuala Lumpur, dua kes.

“Lebih membimbangkan saya, kes positif mencatat angka dua digit sejak beberapa hari lalu. Situasi ini jangan ambil mudah.

“Kita tidak mahu kerajaan kembali buat lock down jika kes meningkat mendadak. Saya berdoa dan berharap, kita tidak perlu sampai ke tahap itu.

“Cukup tiga bulan berkurung di rumah, ekonomi terjejas teruk, perniagaan kerugian dan ramai hilang pekerjaan,” katanya .

Beliau berkata, kita semua tidak mahu kembali hidup dalam keadaan lock down seperti itu.

Jika berlaku kes mendadak, kerajaan kena kuatkuasakan PKP dan impak pada ekonomi amat besar. Penutupan sektor ekonomi akan meyebabkan kerugian RM2 bilion sehari, kata Muhyiddin dalam mengingatkan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, jangan menidakkan usaha kerajaan, swasta dan NGO di bawah pakej Prihatin dan PENJANA dan orang ramai diingat, kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekmonomi prihatin dengan RM265 bilion untuk kesejahteraan rakyat.

Di bawah pakej tersebut, lebih 2.7 juta pekerjaan berjaya diselamatkan dan di bawah program subsidi upah dan pengekalan pekerja, 8,000 pekerjaan mikro yang menerima pakej rangsangan memperlihatkan lebih 3 peratus KDNK tahun ini.

“Jika PKP terpaksa dikuat kuasa semula unjuran KDNK 2021 mungkin tak dapat dicapai. Perniagaan terpaksa ditutup. Pengangguran 5.3 peratus boleh meningkat secara mendadak dan ini mesti dielakkan,” tegas beliau.

Kejayaan memerangi Covid-19, kata Perdana Menteri, bergantung pada diri dan kesedaran, sikap dan amalan kita.

“Kebiasaan baru atau new normal mesti diteruskan. Jangan kerana kes Covid-19 semakin berkurangan, tak pakai pelitup muka di tempat awam. Pakailah. Jangan tak pakai.

“Penjarakan sosial mesti diteruskan. Satu meter dari orang lain. Elak tempat sesak dan sempit dan sentiasa beringat elak sentuhan badan.

“Saya berpesan, elak jabat tangan, berpeluk-pelukan berjumpa sahabat handai dan sanak saudara. Jangan lupa kita masih berada dalam fasa pemulihan Covid-19.

“Amalan-amalan ini baik dari segi pergaulan sosial (jabat tangan, berpeluk-pelukan), tetapi amat tidak baik kerana usaha melindungi diri dan orang sekeliling daripada Covid-19,” katanya. – SM

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button