Nasional

Selepas PKPP: Muhyiddin balik Muar, makan asam pedas

SELEPAS Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada 10 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin berkata, semua dapat kembali kehidupan hampir seperti biasa seperti keluar bekerja, meniaga, mengunjungi pusat membeli belah dan beriadah bersama keluarga.

Selepas perintah rentas negeri ditarik balik, ramai balik kampung dan bercuti dalam negara. Bahkan Perdana Menteri sendiri balik ke Muar bersama keluarga beberapa minggu lalu.

 

Muhyiddin dalam perutusan khasnya sebentar tadi yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen berkata, beliau sempat menikmati Asam pedas Muar yang popular.

Beliau juga dapati, ramai pelanggan kunjungi restoran, pusat membeli belah, penjaja dan kedai. Amat berbeza ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Hotel-hotel dan tempat penginapan seluruh negara juga menerima banyak tempahan daripada pengunjung.
Hampir tiga bulan berkurung dalam rumah, lebuh raya utama kembali sesak dengan kenderaan terutamanya hujung minggu.

Kata Muhyiddin, ini satu petanda baik. Sektor ekonomi terjejas akibat Covid-19 dan jika trend ini berterusan, ekonomi negara dapat pulih cepat.

Katanya, RM11.14 bilion dikeluarkan oleh kerajaan untuk membantu 10.4 juta penerima bantuan Prihatin nasional. Sebanyak 1.4 juta pemandu ehailing menerima RM500, keseluruhan bantuan RM34 juta. Pemandu teksi, pemandu pelancong dan pemandu bas turut menerima elaun RM600 dengan jumlah keseluruhan RM28.8 juta.

“7.7 juta pengguna terima diskaun 50 peratus  Tenaga Nasional Berhad (elektrik), RM 312.32 juta  terima diskaun, 15 peratus mendapat diskaun keseluruhan RM185.57 juta  dan 65 peratus mendapat moratorium berjumlah RM38.4 bilion.

“Turut mendapat bantuan ialah para usahawan, bantuan micro mendapat geran RM1.6 bilion. 23,000 orang mendapat kemudahan kredit mikro Tekun. Subsidi upah 7.4 bilion disalurkan. Inisiatif ini memberi manfaat kepada 843,000 majikan dengan 7.4 juta pekerja seluruh negara,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata, rakyat yang terjejas Covid-19 menerima manfaat bantuan-bantuan kerajaan dan ia bersifat sementara bagi membantu rakyat menjalani kehidupan agak sukar.

“Yang lebih penting bagaimana kita dapat keluar daripada krisis dan kesihatan rakyat dan ekonomi negara dengan kadar segera,” tegas Muhyiddin.

Muhyiddin dalam ucapannya, turut menyentuh tentang mereka yang pulang atau tiba dari luar negara di mana kawalan di pintu masuk diperkukuhkan.

Katanya, saringan suhu badan, gejala jangkitan saluran pernafasan semasa ketibaan, semakan tiga hari sebelum pelawat berlepas ke Malaysia perlu dilakukan.

“Rujuk kes bergejala ke hospital dan semua perlu mematuhi perintah pengawasan dan pencegahan penyakit yang mana ia termaktub di dalam akta.

“Muat turun aplikasi MySejahtera, pakai gelang tangan dan pastikan ujian pengesanan Covid-19 dilakukan pada hari ke-13 sebelum diberi pelepasan pada hari ke-14,” ujar beliau.

Perdana Menteri turut mengingatkan mereka yang menjalani kuarantin di rumah 14 hari, duduk diam-diam di dalam bilik yang berasingan, jangan keluar sepanjang tempoh kuarantin.

Penilaian status kesihatan kendiri dengan menggunakan aplikasi MySejahtera, kata Muhyiddin, mesti dilakukan. Jika bergejala, maklum pegawai perubatan daerah dengan segera dan mereka yang melanggar peraturan,  boleh dikenakan penalti mengikut akta pencegahan dan pengawalanj penyakit berjangkit.

“Jika perlu, mereka kita tempatkan di pusat kuarantin bagi mengawal kes import lebih berkesan. Penguasaan undang-undang ditingkatkan dengan denda lebih berat dikenakan kepada yang melanggar undang-undang dan peraturan,” katanya.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu, keluarga dan komuniti agar sentiasa nasihat menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain agar sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar rumah, jaga penjarakan sosial, basuh tangan, elak berada di tempat sesak dan jangan berjabat tangan.

“Kita ingatkan ini setiap hari. Tidak mengapa dikatakan berleter pun. Sayang keluarga kita,” katanya. – SM

(Visited 548 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button