Uncategorized

Kerajaan perlu wajib pengembara disaring

Wartawan Suara Merdeka

JASIN 26 Mei – Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mewajibkan semua pelancong
khususnya dari negara yang mempunyai kes virus cacar monyet disaring di setiap pintuk masuk ke
negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan itu perlu
dilaksanakan segera bagi memastikan wabak cacar monyet tidak menular di negara ini seperti yang kini
melanda beberapa negara seperti Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah lain.

Menurutnya, saringan itu harus ditumpukan kepada pengembara dari Afrika serta beberapa negara lain
termasuk terbaharu ialah Australia.

“Langkah ini perlu dilaksanakan segera kepada pengembara dari negara-negara yang dijangkiti virus ini.
Mereka semua perlu disaring di setiap pintu masuk negara termasuk di semua lapangan terbang di negara
ini,” ujarnya dalam sidang akhbar di Japerun Merlimau, Lipat Kajang dekat sini hari ini.

Muhamad Akmal berkata, orang yang dijangkiti virus tersebut mudah dikesan secara fizikal dan cadangan
untuk mewajibkan pengembara dari negara dijangkiti wabak tersebut mudah dilaksanakan.

Menurutnya, walaupun tidak ada kes wabak cacar monyet dilaporkan berlaku di negara ini namun usaha untuk
menanganinya perlu dilakukan segera.

Penyakit cacar monyet adalah sejenis jangkitan ‘zoonosis’ disebabkan virus cacar monyet dari kumpulan
‘poxviridae’.

Walaupun ia mengambil nama haiwan monyet, perumah mutlak virus cacar jenis ini sebenarnya masih tidak
dapat dipastikan dengan tepat.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button