Nasional

Kerajaan beri pinjaman tambahan sebanyak RM152.6 juta untuk kapal peronda luar pesisir APMM

Kerajaan akan menyediakan pinjaman tambahan sebanyak RM152.6 juta bagi pembinaan kapal peronda luar pesisir (OPV) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan terpaksa memberikan pinjaman itu bagi memastikan pembinaan OPV akan siap.

“Berdasarkan pemerhatian kami, projek itu boleh disiapkan, dengan sekurang-kurangnya satu OPV siap menjelang tahun ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di sini hari ini.

Artikel berkaitan > APMM tahan lima warga Myanmar naiki bot nelayan tempatan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button