Jenayah

Suami isteri ditahan bantu siasatan letupan bungkusan atas kereta

POLIS menahan sepasang suami isteri dipercayai terbabit dalam satu kejadian letupan menyebabkan seorang tukang masak maut di Pandan Indah, Khamis lalu.

Kedua-dua suspek ditahan di sebuah rumah di Serdang, Kedah tengah malam tadi selepas menerima laporan.

Suspek dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman untuk membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Terdahulu dalam kejadian, mangsa Mohamad Farouk terkena letupan ketika ingin mengalihkan bungkusan yang ditinggalkan di atas bumbung keretanya.

Kejadian tersebut berlaku pukul 8.55 malam. Mangsa, 28, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran, meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil siasatan awal polis menemukan beberapa objek daripada kesan letupan dan terdapatkesan lekukan pada kereta mangsa.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SUMBER HARIAN METRO – SM

 

Lelaki terkena letupan selepas alih barang di atas keretanya

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button