Nasional

APMM tahan lima warga Myanmar naiki bot nelayan tempatan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan dinaiki lima warga Myanmar, yang ditemui tanpa sebarang dokumen, di 62 batu nautika barat Pulau Kendi dekat sini, semalam.

Pengarah APMM Pulau Pinang Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata bot nelayan Kelas C2 yang menggunakan pukat pukat tunda untuk menangkap ikan itu dikesan oleh bot peronda APMM yang menjalankan Op Tanjung di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot yang berpangkalan di Pantai Remis, Perak itu dinaiki lima warga asing berusia antara 20 hingga 43 tahun.

“Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan peribadi yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -SM

(Visited 18 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button