Nasional
Trending

Kerajaan akan bela rakyat dalam sebarang situasi

KERAJAAN memberi jaminan akan membela rakyat dalam sebarang situasi sekalipun negara sedang berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kebajikan rakyat sentiasa diutamakan dan pelbagai strategi telah diatur bagi memastikan tiada yang terpinggir dalam mendapatkan bantuan sewajarnya sewaktu tempoh tersebut.

[BACA] Normal baharu: Pendigitalan menyeluruh – Muhyiddin — Suara Merdeka

“Langkah yang kita ambil ini akan memberi impak kepada memelihara kehidupan mereka supaya menjadi lebih sejahtera dan terjamin.

“Apa tujuan kerajaan, kalau bukan untuk membantu, membela rakyat… ini keadaan yang paling utama, dalam mana-mana kerajaan sekalipun.

“Dan usaha mesti dibuat secara bersungguh-sungguh supaya kesan daripada langkah yang kita ambil itu dapat bantu membaiki kehidupan mereka,” katanya dalam temu bual khas malam tadi.

Beliau berkata Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan baru-baru ini tidak mengecualikan mana-mana kumpulan kategori.

“Kalau dilihat dalam pakej rangsangan itu, jumlahnya besar, tetapi saya kira, tidak terkecuali.

Baik dalam golongan berpendapatan rendah (B40), perniagaan, individu ataupun kumpulan, mereka ada dapat bahagian daripada itu, kumpulan M40 pun ada di situ,” katanya.

Pada 27 Mac lepas, Muhyiddin memperuntukkan sebanyak RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi .

Selepas itu, Perdana Menteri mengumumkan pula pakej rangsangan ekonomi tambahan bernilai RM10 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Kedua-dua pakej rangsangan ekonomi dan tambahan itu bertujuan membantu semua yang menghadapi kesan pandemik Covid-19

Katanya kerajaan tidak akan membiarkan ekonomi negara runtuh bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada rakyat.

“Kita tidak boleh biar keadaan itu runtuh kerana dengan sebab (adanya) kegiatan ekonomi, kerajaan memungut cukai.

[BACA] Apa bantuan untuk anak muda 18-20 tahun yang hilang pendapatan — Suara Merdeka
[BACA] Parlimen: Keutamaan adalah keselamatan – Takiyuddin — Suara Merdeka

Tetapi jika bisnes sudah rosak ataupun rugi, mana pendapatan kerajaan untuk membiayai segala bentuk keperluan rakyat,” tambahnya.

Ujar beliau lagi kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk menyokong usaha yang dilakukan oleh pihak industri dan perniagaan.

Langkah itu adalah selain memastikan rakyat yang telah diambil bekerja dalam semua sektor, baik yang kecil, sederhana atau yang besar, dapat mengekalkan pekerjaan mereka.

“Itu menjadi keutamaan saya, jangan ada yang dibuang kerja atau diberhentikan dan yang lain-lain lagi. Tapi maklumlah ini perniagaan, kalau mereka kata mereka tak mampu nak bertahan lama, apa pilihan mereka?

“Takkan mereka nak menampung pekerja yang sedia ada seperti biasa. Tak ada sumber wang yang boleh dibuat untuk membiayai kos perniagaan atau nak bayar gaji,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa antara langkah yang disediakan kerajaan dalam pakej rangsangan itu ialah membantu syarikat dan kilang melalui subsidi upah.

“Dengan cara itu sedikit sebanyak beban yang ditanggung majikan dapat dibantu dengan pemberian subsidi upah, itu satu contoh.

“Ataupun, menangguhkan moratorium kepada segala bentuk pinjaman pada bank,” katanya.

Muhyiddin berkata apa yang kerajaan sedang lakukan ialah untuk memastikan ekonomi terus maju walaupun dalam keadaan sukar ketika ini.

“Kita sudah pun mula sekarang untuk sedikit demi sedikit kita buka semula kegiatan ekonomi secara berfasa.

[BACA] UMNO tidak dalam dilema – Respon kepada Kian Ming — Suara Merdeka
[BACA] Bekas Timbalan Ketua Polis Selangor meninggal dunia — Suara Merdeka

Sampai ke satu tahap di mana kita fikir boleh kita anjakan ke satu perubahan yang lebih besar, itu akan kita lakukan dalam tempoh masa ke hadapan,” katanya. – BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button