Politik

Keputusan UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM kembalikan keyakinan rakyat – Annuar Musa

KEPUTUSAN Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menamakan Naib Presidennya, Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membolehkan beliau memulihkan keyakinan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, YB Tan Sri Annuar Musa  berkata keputusan itu dilihat mampu mengumpul sokongan bukan sahaja dalam kalangan ahli UMNO malah rakyat dan parti politik lain.

Beliau turut menyifatkan keputusan itu sebagai langkah strategik dan wajar yang membolehkan UMNO meningkatkan kekuatan dalam menghadapi PRU15.

Baca artikel ini > Ismail Sabri buktikan prestasi cemerlang, PBRS sokong keputusan MKT UMNO

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada presiden dan juga Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana telah membuat keputusan yang betul,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di Klana Resort, di sini pada malam semalam.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata UMNO perlu sentiasa mengambil kira sentimen dan memenuhi aspirasi rakyat.

Beliau berkata rakyat akan membuat penilaian dan jika Perdana Menteri berjaya buktikan prestasi cemerlang, UMNO akan mendapat kelebihan pada pilihan raya umum akan datang.

Pada Khamis, MKT UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri, yang juga naib presiden parti, sebagai calon perdana menteri pada PRU15. – SM

Baca artikel ini > Sanggupkah UMNO beri laluan kepada Ismail Sabri sebagai Presiden?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button