Politik

Keputusan UMNO melampaui matlamat berkerajaan

KEPUTUSAN yang dicapai dalam mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO disifatkan sebagai berpendirian dan melampaui matlamat berkerajaan.

Konsensus itu juga melambangkan UMNO melahirkan pendiriannya untuk meletakkan kepentingan parti dan akar umbinya berbanding kerjasama dengan kerajaan yang merugikan.

Ia disifatkan melampaui matlamat berkerajaan kerana selain meletakkan kepentingan parti sebagai objektif teratas, keputusan itu juga menonjolkan semula kekuatan UMNO.

Sebagai langkah yang berstrategi, UMNO juga dilihat sedia untuk berdiri sendiri tanpa perlu bergantung kepada parti kerajaan.

“Sokongan ini akan turut disusuli dengan membahaskan perkara ini sebagai usul dalam mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Pasir Gudang pada awal November akan datang.

“Keputusan UMNO malam tadi (13 Oktober) untuk meletakkan syarat baharu, sebelum membuat ketetapan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah selari dengan kehendak dan kemahuan akar umbi UMNO.

“UMNO dalam membuat pertimbangan sebagai asas dalam penetapan pendirian tersebut pastinya telah meletakkan kepentingan parti lebih dari segala-galanya.

“UMNO telah memperlihatkan soal kelangsungan, maruah serta masa depan parti perlu terus jadi keutamaan.

“Ini melangkaui matlamat untuk berkerajaan semula (secara mutlak) dalam pilihanraya yang akan datang semata-mata.”

Demikian sokongan yang diberikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros dalams satu kenyataannya hari ini.

Beliau berkata demikian menegaskan UMNO sudah cukup tersisih dengan kedudukannya dalam menyokong Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, sokongan tersebut menurutnya adalah merugikan kerana UMNO mempunyai akar umbi yang lebih kuat dan jentera yang sentiasa bersedia.

It is an open secret yang kedudukan dan sokongan UMNO dalam Perikatan Nasional selama ini sebenarnya merugikan UMNO.

“UMNO punyai kekuatannya yang tersendiri, sokongan akar umbi yang teguh dan tidak berbelah bahagi.

“Selain jentera di banyak peringkat yang bersedia menghadapi apa jua kemungkinan pada bila-bila masa.

“Apatah lagi soal dasar dan pengalaman menguruskan negara dalam pelbagai situasi, yang semestinya jauh lebih baik daripada PN.

“Untuk itu, Pemuda UMNO Pasir Gudang menyokong keputusan dan pendirian terbaharu parti ini,” ujarnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan menjelaskan partinya bersedia untuk menarik diri daripada menyokong PN.

Dalam masa sama, parti itu juga menggesa supaya Muafakat Nasional (MN) didaftar dengan segera sebagai sebuah gabungan parti yang sah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button