Nasional

Keputusan SPM 2020 diketahui Khamis ini

SERAMAI 401,105 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh mengetahui keputusan masing-masing pada Khamis ini (10 Jun) bermula pukul 10 pagi secara dalam talian.

Keputusan itu boleh diakses menerusi portal Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh atau menerusi perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

Menerusi sistem SMS, calon boleh mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886. Sistem itu dibuka bermula 10 Jun sehingga 17 Jun pada pukul 6 petang.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, calon yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu bagi mendapatkan keputusan masing-masing.

“Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

Calon SPM 2020 adalah pelajar yang menduduki peperiksaan itu bermula 22 Februari lalu berikutan ditangguh pelaksanaannya daripada November tahun lepas akibat penularan wabak Covid-19.

Persekolahan calon peperiksaan terganggu sejak Mac 2020 susulan wabak pandemik itu memaksa KPM melaksanakan pembelajaran secara dalam talian di rumah atau Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR).

Malah, PdPR masih lagi diteruskan pada sehingga Jun selepas pembukaan sekolah sementara bagi sekolah menengah di seluruh negara pada 4 April lalu tidak dapat diteruskan apabila kes harian Covid-19 kembali memuncak sehingga melepasi paras empat angka. – SM

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button