Kemalangan

Kepala kanak-kanak tersangkut di jeriji dapur

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 26 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan mengalami detik-detik cemas apabila
kepalanya tersangkut pada pintu jeriji dapur di Taman Krubong Jaya dekat sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku sewaktu mangsa bermain di jeriji tersebut kira-kira pukul 1.30 petang sebelum
disedari bapanya sebelum menghubungi bomba.

Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba II, Azhar Sehat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul
1.36 petang dan sebuah jentera dengan kekuatan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Cheng
tiba di tempat kejadian tiga minit selepas itu.

Menurutnya, usaha menyelamatkan kanak-kanak yang tersepit itu berjaya dilakukan dalam tempoh 13 minit.

“Sewaktu anggota bomba tiba, kanak-kanak itu menangis sambil meronta-ronta cuba melepaskan kepalanya yang
tersangkut di pintu jeriji tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata, sebelum bomba tiba bapa kanak-kanak terbabit memangku kepala anaknya berikutan

Jelasnya, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius sewaktu berjaya diselamatkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button