DAKWAAN calon Warisan Warisan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Datuk Mohamaddin Ketapi bahawa pencerobohan berdarah berdarah di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 sebagai sandiwara merupakan satu penghinaan besar kepada pasukan keselamatan.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan negara bertarung nyawa mempertahankan kedaulatan negara dan rakyat daripada pencerobohan bersenjata yang dilakukan oleh rakyat asing.
Menurut Najib 10 anggota keselamatan maut dan enam warga Sabah kehilangan nyawa dalam peritiwa tersebut.
“Amat sedih selepas menonton klip video calon PRN Warisan merangkap bekas Menteri PH kata pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 hanya satu sandiwara.
“Ini ialah penghinaan sangat besar pada pasukan keselamatan kita yang bertarung nyawa untuk mempertahankan kedaulatan kita – terutama kepada keluarga 10 wira dan 6 warga Sabah yang terkorban Seramai 50 orang penceroboh juga maut dalam Ops Daulat masa itu,” kata Najib.
Mohamaddin yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Segama dalam video yang viral di media sosial berkata, ketika insiden itu berlaku pasukan keselamatan hanya berperang dengan ayam dan kambing.
“Kamu ingat dahulu PRU dahulu dia bilang Filipina mau ambil Sabah jadi ada peperangan konon di Tanduo datang la jet di Tanduo dibomnya sana kelapa sawit orang. Habis kelapa sawit orang.
“Habis rumah orang ditembak. Ini kenyataan. Habis di Tandou disuruh kereta kebal masuk pergi kampung-kampung suruh berperang sama ayam. Siapa kawan dia berperang? Tidak ada. Ayam sama anjing dia berperang.
“Apabila habis pilihan raya sudah tidak ada pulak peperangan itu,” kata Mohamaddin.
Beliau yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mendakwa, insiden di Tanduo sebagai sandiwara.
“Tetapi apabila ketika itu kononnya UMNO akan kalah pada PKR terus ada perang di Tanduo. Banyak orang mati disebabkan sandiwara itu. Sandiwara membunuh orang sahaja,” kata Mohamaddin.
Tragedi berdarah Tanduo berlaku apabila kumpulan pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa waris sah Kesultanan Sulu telah menceroboh dan mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari bagi menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu,-SM