Mahkamah

Pengampunan diraja: Mahkamah tolak permohonan Anwar ketepi saman peguam

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  menolak permohonan Presiden PKR, Datuk Ser Anwar Ibrahim untuk mengetepikan saman seorang peguam berhubung pengampunan diraja terhadap dirinya.

Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan untuk menolak permohonan tersebut dalam prosiding terbuka pagi ini

Pada 26 Februari lalu peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan saman terhadap Lembaga Pengampunan dan Anwar bagi mencabar nasihat yang diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong oleh pihak lembaga itu pada 16 Mei 2018.

Mohd Khairul Azam mempersoalkan komposisi Lembaga Pengampunan ketika itu yang didakwa ditubuhkan secara salah dan tidak menepati keperluan undang-undang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Pada 2 Jun lalu, Anwar memfailkan permohonan untuk membatalkan saman peguam Mohd Khairul Azam.

Ahli Parlimen Port Dickson memfailkan permohonan itu pada 13 Mei lalu antara lain atas alasan Khairul Azam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman itu, tuntutan saman plaintif remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 16 Mei 2018, Anwar dibebaskan serta-merta selepas mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

Anwar sebelum itu menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantunya.

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button