Kenapa Malaysia perlu usir Rohingya?
ARTIKEL mengenai Rohingya ini merupakan respon salah seorang pembaca Isahak Ghani di Facebook Suara Merdeka.
Berikut adalah catatan beliau:
Malaysia telah mengklasifikasikan ARSA (Arakan Rohingya Salvation Army) sebagai Kumpulan Pengganas.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah kenalpasti ada Rohingya di Malaysia adalah penyokong Pengganas ARSA malah ada seorang Rohingya di Kedah telah buat video menyeru untuk bunuh Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina.
PDRM menyatakan pada tahun 2019 sahaja, sebanyak RM80,000 telah di salurkan secara haram dari Malaysia kepada Kumpulan Pengganas ARSA.
Kumpulan Pengganas ARSA ditubuhkan pada tahun 2013 bertujuan khusus untuk memperjuangkan hak kumpulan tersebut.
Adakah antara pelarian terbabit di Malaysia juga anggota Pengganas ARSA yang bacul telah melarikan diri dari perang & menyamar orang awam?
Mungkinkah sebab ini sebenarnya mereka takut untuk pulang kerana telah di senarai-hitam sebagai anggota Pengganas ARSA & mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) pastikan terlebih dahulu, jaminan keselamatan mereka iaitu tidak didakwa oleh kerajaan Myanmar sebelum mereka setuju pulang?
- Pertubuhan berkaitan Rohingya di negara ini tidak sah
- Rohingya: Guna media luar kritik kerajaan
- Tubuh RCI siasat pendatang China, Rohingya
Adakah Kerajaan Malaysia dapat pastikan, DENGAN PENUH KEPASTIAN, siapa mereka di Malaysia yang bukan anggota dan penyokong ARSA, sekali gus, mengelakkan Malaysia dari dilabel sebagai pelindung pengganas?
Tahukah anda, pelarian di Bangladesh bukan hanya Rohingya tetapi juga pelarian rakyat Mynmar beragama Buddha yang telah diugut oleh Pengganas ARSA supaya tidak pulang semula ke Myanmar?
Konflik perang berlaku antara Tentera Myanmar dan Pengganas ARSA dimana, terdapat anggota kedua pihak telah terbunuh termasuk juga orang awam.
Pada 23 Jan 2020, Mahkamah ICJ MASIH TIDAK DAPAT putuskan samada kerajaan Myanmar telah benar-benar lakukan “Genocide” terhadap kaum itu atau tidak, juga kerana mereka perlukan lebih banyak masa dan bukti yang lebih kukuh. – SM
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Suara Merdeka