Nasional

Kenapa Al Jazeera bersikap ‘selektif’?

AGENSI berita asing, Al Jazeera perlu mematuhi etika kewartawanan dalam melaporkan sebarang berita seperti mana dilakukan institusi media lain.

Selain itu, mereka juga dikatakan perlu bertanggungjawab dalam menghasilkan berita yang seimbang terutama dalam mengkritik dasar kerajaan.

Ini kerana tindakannya melaporkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia Lockdown’ didakwa bersifat selektif apabila tidak melaporkan sisi sebenar.

Malah, agensi berita dari Qatar itu tidak sepatutnya menerbitkan dokumentari berkenaan apabila tidak mendapat pandangan daripada kedua-dua belah pihak termasuk kementerian berkaitan.

“Memanglah, dalam kenyataannya memaklumkan sedaya upaya menghasilkan berita yang sebaiknya dan seadil mungkin.

BACA > Musa ingatkan Ayob berwaspada, musuh tergugat ketegasannya — Suara Merdeka

“Dari sudut etika kewartawanan, mereka perlu mendapatkan pandangan dari kedua-dua belah pihak.

“Persoalannya, kenapa mereka tergesa-gesa mahu menerbitkan laporan tersebut, kemudian menonjolkan seolah-olah Malaysia menindas pendatang asing khususnya tanpa izin (Pati).”

Demikian penegasan yang diberikan Pensyarah Kewartawanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli, ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

AL JAZEERA
KEMUDAHAN di pusat kuarantin di MAEPS Serdang yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk warga tempatan dan warga asing ketika PKP. – Gambar FACEBOOK MAEPS SERDANG

Menurutnya, Al Jazeera juga perlu melaporkan sekali kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan terhadap pendatang asing di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya perkara itu tidak dilaporkan dan dokumentari itu terang-terangan menampakkan kerajaan Malaysia seolah-olah menindas pendatang asing.

“Sedangkan sudah dijelaskan bahawa ketika itu kerajaan banyak membantu dan merawat pendatang asing yang telah dijangkiti oleh Koronavirus (Covid-19).

“Laporan mereka pula bersikap ‘selektif’, sedangkan yang betul dia tidak laporkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa Al Jazeera dan agensi berita asing lain supaya menghormati Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

BACA > Amanah, DAP kekal hubungan dengan blok Bebas jatuhkan PN — Suara Merdeka
AL JAZEERA
MOHD. AMIRUL AKHBAR

Tambah Mohd. Amirul Akhbar, walaupun dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan kementerian berkaitan enggan ditemubual, namun itu bukan alasan untuk menyalahkan kerajaan.

“Itu yang saya katakan tadi, mereka tidak menghormati kita sebagai tuan rumah.

“Bermaksud apabila permintaan tidak ditunaikan, mungkin ada sebab-sebab tertentu dan kita pun tidak tahu.

“Tetapi dari sudut pelaporan, mereka perlu seimbangkan berita sebelum diterbitkan.

“Kalau benar perkara itu (temubual dengan kementerian) tidak berlaku) kenapa berita itu tetap diterbitkan.

“Ini menampakkan, mereka ada agenda tersendiri. Sebab itu sebelum ini pernah saya katakan setiap institusi media mereka mempunyai agenda mereka tersendiri.

“Tetapi agenda negara kita adalah memastikan bahawa kedaulatan negara tetap dipertahankan,” tegasnya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan laporan yang dibuat agensi berita asing Al Jazeera dipercayai sebagai satu cubaan mencabar kedaulatan negara.

BACA > Laporan Al Jazeera: Kedaulatan negara mesti dilindungi — Suara Merdeka

Ini kerana laporan dokumentari itu memperlihatkan niat untuk memburukkan Malaysia di mata dunia supaya masyarakat antarabangsa boleh menuding jari dengan menuduh negara ini menindas pendatang asing. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button