Hiburan

Amitabh Bachchan, Abhishek dijangkiti Covid-19

BINTANG tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan, 77, disahkan positif dijangkiti Covid-19. Perkara itu dimaklumkan Amitabh menerusi satu muat naik di akaun twitternya. Menurut aktor itu, dia kini ditempatkan di wad sebuah hospital.

Selang 44 minit kemudian, anaknya, Abhishek, 44, memaklumkan menerusi Twitter bahawa dia turut dijangkiti virus berbahaya itu.

“Kami berdua mengalami simptom ringan dan dimasukkan ke hospital.

Katanya lagi, pihak berkaitan sudah dimaklumkan mengenai perkembangan ini dan menurut Bachchan, keluarga rapat turut diminta menjalani saringan.

“Kami telah hubungi semua pihak berkaitan dan ahli keluarga serta staf agar menjalani saringan,” katanya.

Difahamkan mereka berdua kini dirawat di Hospital Nanavati di Mumbai, India.

Amitabh Bachchan antara individu berprofil tinggi yang lantang bersuara mengenai kempen memerangi wabak Covid-19. – SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button