Jenayah

Musa ingatkan Ayob berwaspada, musuh tergugat ketegasannya

BEKAS Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengingatkan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay  untuk berwaspada.

Musa Hassan

Jelas Musa, ketegasan dan kejujuran Ayob Khan dalam menjalankan tugas akan membuatkan beliau berhadapan dengan lebih ramai musuh.

Menurutnya, musuh Ayob Khan terdiri daripada mereka dari luar dan dalam pasukan pasukan polis yang akan mengkhianati beliau.

“Nasihat saya kepada Dato Ayob Ketua Polis Johor. Kejujuran dan ketegasan adalah sifat yang mulia.

“Walau demikian Dato perlu berjaga-jaga kerana akan menghadapi ramai musuh dari luar dan dalam pasukan yang akan cuba mengkhianati kerana terbiasa dan merasa tergugat di atas ketegasan Dato,” ciap Musa di Twitternya.

Nasihat Musa itu hadir  selepas  Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman itu menyingatkan ‘orang politik’ agar tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan.

Ayob Khan berkata, pegawai dan anggota polis adalah petugas awam yang fungsi serta peranan mereka adalah menguatkuasakan undang-undang.

Katanya, dalam tindakan beliau dan pegawainya dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang itu, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju.

“Datuk Ayob, syabas dan jangan gentar kerana Allah akan sentiasa bersama orang yang menegakkan kebenaran. InsyaAllah,” kata Musa memberi semangat.

Dalam satu wawancara bersama portal Malaysia Gazzate, Ayob Khab mendedahkan tentang cubaan parti politik tertentu memberi tekanan dalam proses siasatan terhadap sekumpulan individu yang ditahan atas tuduhan memberi sokongan kepada LTTE.

LTTE: Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’?

Ujar Ayob, sewaktu beliau bertugas di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dan menangkap beratus-ratus orang anggota Jemaah Islamiah (JI) dulu termasuk pengikut Darul Islam dan Daesh, tidak ada pun yang ‘merungut’.

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.

“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” kata Ayob.-SM

 

(Visited 421 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button