Politik

Kenapa ada 107, Anwar kata kerajaan tumbang?

SEMALAM seramai 107 ahli parlimen pembangkang mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka.

Selain bertujuan bagi mendesak Parlimen dibuka, selepas ditangguhkan akibat penularan wabak Covid-19 di bangunan parlimen, mereka mahu menunjukkan bahawa mereka mempunyai nombor yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun aneh sedikit kerana pembangkang hanya mempunyai 107 ahli parlimen, tetapi mendakwa telah mempunyai sokongan majoriti dan boleh membentuk kerajaan.

Sedangkan jumlah keseluruhan parlimen adalah 222 dan dua ahli parlimen telah meninggal dunia dan tidak diadakan pilihan raya kecil bagi memilih pengganti ekoran penulan Covid-19.

Ini bermakna terdapat 220 ahli parlimen dan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang mendakwa mempunyai sokongan majoriti mereka sepatutnya mempunyai 111 ahli parlimen di belakang mereka.

Bermakna mereka memerlukan empat lagi ahli parlimen untuk menyokong mereka.

Ini juga bermakna terdapat ahli parlimen kerajaan yang secara diam-diam telah menandatangani sokongan terhadap Anwar.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini terang-terangan menyatakan sokongan kepada Anwar yang beliau anggap sebagai guru.

Ramai juga yang menjangkakan Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyokong Anwar, tetapi itu tidak berlaku apabila dalam pertemuan ahli parlimen UMNO, Najib antara yang berucap dan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Begitu juga ahli parlimen UMNO lain, mereka sedar jika mereka menyokong Anwar bermakna telah melanggar perkara yang diputuskan oleh perhimpunan agong UMNO tempoh hari iaitu tidak akan bersekongkol dengan DAP dan Anwar.

Jika mereka tetap menyokong DAP dan Anwar, risiko dipecat adalah tinggi dan mereka akan menjadi kera sumbang yang dipinggir oleh parti sendiri.

Anwar mungkin menjanjikan bulan dan bintang supaya para pemimpin UMNO ini berpaling tadah dan tidak mustahil termasuk menyucikan mereka yang kini berdepan dengan tuduhan di mahkamah dan ada yang telah didapati bersalah.

Harus diingat jika itu berlaku bagaimana kerajaan yang dibentuk secara demikian akan mendapat kepercayaan rakyat ketika menghadapi pilihan raya kelak.

Mungkin ramai yang mengimpikan pengampunan Yang di-Pertuan Agong yang diberi kepada Anwar sehingga membolehkan beliau bertanding sebagai calon pilihan raya kecil Port Dickson dan kini menjadi ahli parlimen.

Kini Anwar berdiri di hadapan mereka semua termasuk pemimpin yang menyumbatnya ke dalam penjara iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam hal ini Najib lebih rasional, mengekalkan sokongan kepada kerajaan PN walaupun tidak menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib sedar kerajaan yang terbentuk hari ini bukan atas kerjasama parti tetapi kerana persefahaman ahli-ahli parlimen.

Bagaimanapun seperkara yang nyata, jika perdana menteri jatuh, maka kerajaan hari ini juga jatuh kerana atas prinsip yang sama.

Sebab itulah Anwar dan gerombolan di Dataran Merdeka mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan. Itupun kalau betul Anwar ada 107 sokongan.

Oh ya terlupa Tengku Razaleigh Hamzah yang mengasingkan diri daripada kerajaan di dalam Parlimen tempoh hari, tentulah menyokong Anwar dan mahu menjadi perdana menteri interim.

KEHADIRAN DEMO

KEHADIRAN AHLI PARLIMEN DI PERHIMPUNAN BANTAHAN PENUTUPAN PARLIMEN

2 OGOS 2021, DATARAN MERDEKA DAN BULATAN DATO ONN

SENARAI PARTI KEHADIRAN

1. Tun Mahathir Bin Mohamed – Langkawi PEJUANG HADIR

2. Dato’ Seri Mukhriz Bin Mahathir – Jerlun PEJUANG HADIR

3. Dato’ Amiruddin Hamzah – Kubang Pasu PEJUANG HADIR

4. Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh – Sri Gading PEJUANG X

5. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim – Port Dickson PKR HADIR

6. Wan Azizah Bt Wan Ismail – Pandan PKR HADIR

7. Nurul Izzah Bt Anwar – Permatang Pauh PKR HADIR

8. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail – Kulim/Bandar Baharu PKR HADIR

9. Dato’ Johari Bin Abdul – Sg Petani PKR HADIR

10. Abdullah Sani – Kapar PKR HADIR

11. Datuk Dr Tan Yee Kew – Wangsa Maju PKR HADIR

12. Christina Liew – Tawau PKR HADIR

13. Syed Ibrahim Bin Syed Noh – Ledang PKR HADIR

14. Sivarasa A/L Rasiah – Sg Buloh PKR HADIR

15. Wong Chen – Subang PKR HADIR

16. Nik Nazmi Bin Nik Ahmad – Setiawangsa PKR HADIR

17. Maria Chin Abdullah – Petaling Jaya PKR HADIR

18. Datuk Seri Samsul Iskandar Bin Mat Akin – Hang Tuah Jaya PKR HADIR

19. Ahmad Fahmi Bin Mohd Fadzil – Lembah Pantai PKR HADIR

20. William Leong Jee Keen – Selayang PKR HADIR

21. Akmal Nasrullah – Johor Bharu PKR HADIR

22. Nor Azrina Surip – Merbok PKR HADIR

23. Karupaiya A/L Mutusami – Padang Serai PKR HADIR

24. Dr Azman Ismail – Kuala Kedah PKR HADIR

25. Chan Ming Kai – Alor Setar PKR HADIR

26. Awang Husaini Sahari – Putatan PKR HADIR

27. Fuziah Salleh – Kuantan PKR HADIR

28. Prabakaran A/L Paremeswaran – Batu PKR HADIR

29. Dr Lee Boon Chye – Gopeng Sim Tze Tzin – Bayan Baru PKR X

30. Dr Michael Teo Yu Keng – Miri PKR X

31. Kesavan A/L Subramaniam – Sungai Siput PKR X

32. Chang Lih Kang – Tanjong Malim PKR X

33. June Leow Hsiad Hui – Hulu Selangor PKR X

34. Noor Amin bin Ahmad – Kangar PKR X

35. Rusnah binti Aluai – Tangga Batu PKR X

36. Natrah Ismail – Sekijang PKR X

37. Hassan bin Karim – Pasir Gudang PKR X

38. Bakhtiar bin Wan Chik – Balik Pulai PKR X

39. Lim Kit Siang – Iskandar Putri DAP HADIR

40. Lim Guan Eng – Bagan DAP HADIR

41. Fong Kui Lun – Bukit Bintang DAP HADIR

42. Sanisvarasa Nethaji Rayer A/L Rajajibrayer – Jelutong DAP HADIR

43. M Kulasegaren A/L V Murugeson – Ipoh Barat DAP HADIR

44. Gobind Sing Deo – Puchong DAP HADIR

45. Ngeh Koo Ham – Beruas DAP HADIR

46. Hannah Yeoh – Segambut DAP HADIR

47. Kasturi Rani Patto – Batu Kawan DAP HADIR

48. Teresa Kok Suh Sin – Seputeh DAP HADIR

49. Nga Kor Meng – Teluk Intan DAP HADIR

50. Tan Kok Wai – Cheras DAP HADIR

51. Charles Anthony Santiago – Klang DAP HADIR

52. Steven Sim Chee Keong- Bukit Mertajam DAP HADIR

53. Antony Loke Siew Fook – Seremban DAP HADIR

54. Ram Karpal Singh – Bukit Gelugor DAP HADIR

55. Wong Shu Qi – Kluang DAP HADIR

56. Dr Kelvin Yii Lee Wuen – Bandar Kuching DAP HADIR

57. Yeo Bee Yin – Bakri DAP HADIR

58. Chan Foong Hin – Kota Kinabalu DAP HADIR

59. Tony Pua Kiam Wee – Damansara DAP HADIR

60. Lim Lip Eng – Kepong DAP HADIR

61. Chong Chieng Jen – Stampin DAP X

62. Chow Kon Yeow – Tanjong DAP X

63. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji – Raub DAP X

64. Sivakumar Varatharaju Naidu – Batu Gajah DAP X

65. Su Keong Siong – Kampar DAP X

66. Khoo Poay Tiong – Kota Melaka DAP X

67. Dr Ong Kian Ming – Bangi DAP X

68. Teo Nie Ching – Kulai DAP X

69. Wong Kah Woh – Ipoh Timur DAP X

70. Alice Lau Kiong Yieng – Lanang DAP X

71. Oscar Ling Chai Yew – Sibu DAP X

72. Wong Ling Biu – Sarikei DAP X

73. Mordi Anak Bimol – Mas Gading DAP X

74. Wong Tack – Bentong DAP X

75. The Kok Lim – Taiping DAP X

76. Cha Kee Chin – Rasah DAP X

77. Noorita binti Sual – Tenom DAP X

78. Wong Hon Wai – Bukit Bendera DAP X

79. Pang Hok Liong – Labis DAP X

80. Vivian Wong Shir Yee – Sandakan DAP X

81. Mohamed Bin Sabu – Kota Raja AMANAH HADIR

82. Salehuddin Bin Ayub – Kulai AMANAH HADIR

83. Mahfuz Bin Omar – Pokok Sena AMANAH HADIR

84. Dr Dzulkifli Bin Ahmad – Kuala Selangor AMANAH HADIR

85. Mujahid Bin Yusuf Rawa – Parit Buntar AMANAH HADIR

86. Khalid Bin Samad – Shah Alam AMANAH HADIR

87. Datuk Hj Hasanuddin Bin Mohd Yunus – Hulu Langat AMANAH HADIR

88. Mohamed Hanipa Maidin – Sepang AMANAH HADIR

89. Datuk Mohd Anuar Tahir – Temerloh AMANAH X

90. Datuk Dr Mohd Hatta bin Md Ramli – Lumut AMANAH X

91. Datuk Dr Hasan bin Bahrom – Tampin AMANAH X

92. Dato’ Seri Shafie Bin Afdal – Semporna WARISAN HADIR

93. Wilfred Madius Tangau – Tuaran WARISAN HADIR

94. Datuk Mohd Azis Bin Jamman – Sepanggar WARISAN HADIR

95. Isnaraissah Munirah – Kota Belud WARISAN HADIR

96. Datuk Ignatius Darrel Leiking – Penampang WARISAN X

97. Datuk Mohamaddin bin Ketapi – Lahad Datu WARISAN X

98. Ma’mun bin Sulaiman – Kalabakan WARISAN X

99. Ahmad bin Hassan – Papar WARISAN X

100. Rozman bin Isli – Labuan WARISAN X

101. Dr Maslee Bin Malik – Simpang Renggam BEBAS HADIR

102. Syed Sadiq Bin Abdul Rahman – Muar BEBAS HADIR

103. Baru Bian – Selangau PSB – SARAWAK HADIR

104. Masir Kujat – Sri Aman PSB – SARAWAK X

105. ? ? ?

106. ? ? ?

107. ? ? ?

 

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button