Nasional

Kemudahan di SK Ulu Ansuan akan dinaik taraf

KEMUDAHAN di Sekolah Kebangsaan Ulu Ansuan di Telupid, Sabah akan dinaik taraf demi kesejahteraan warga sekolah, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Isnin, 19 November.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata kerja-kerja pembinaan melibatkan blok akademik dan pentadbiran serta kemudahan lain termasuk pembelian perabot sedang dijalankan.

Selain itu, KPM memaklumkan pembinaan empat unit kuarters guru baharu diluluskan semasa pembentangan Bajet 2024.

Kos keseluruhan projek termasuk pembinaan kuarters ialah RM12.5 juta, katanya.

“Sebagai penyelesaian jangka pendek bagi masalah penginapan guru di sekolah, KPM telah menyiapkan projek penyelenggaraan kuarters tersebut dengan peruntukan sebanyak RM200,000,” kata kementerian itu. – SM

Baca : Sinar Marhaban juara episod 1 Pentas Marhaban TV AlHijrah

(Visited 30 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button