JenayahNasionalNegeri

Kempunan gelaran “Datuk Seri”, RM571,000 ‘terbang’

SEORANG kontraktor kerugian RM571,000 selepas terpedaya dengan tawaran gelaran “Datuk Seri” oleh individu yang menyamar sebagai Datuk Pengelola Bijaya Istana Pahang sejak Februari lalu.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan, lelaki berusia 63 tahun itu dihubungi suspek yang mendakwa mempunyai kuota untuk anugerah kebesaran negeri kepada mangsa.

“Suspek mendakwa mempunyai enam kuota anugerah kebesaran terbabit. Mangsa dimaklumkan hanya perlu buat sumbangan program istana tanpa apa-apa bayaran.

“Mangsa berminat dan turut mempelawa empat kenalannya untuk mendapatkan gelaran berkenaan.

“Bermula Februari lalu sehingga bulan ini, suspek meminta mangsa memberi sumbangan untuk beberapa program yang kononnya dibuat pihak istana. Mangsa menyalurkan RM571,000 melalui 32 transaksi ke lima akaun bank berbeza.

“Sumber kewangan mangsa hasil kutipan dan wang simpanannya bersama rakan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya menurut laporan Bernama.

Yahaya menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Buat semakan nombor akaun dan nombor telefon diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. – SM

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button