Politik

Kempen pilihan raya pun bermula

Oleh : Saiful Bahar

1. Kempen Pilihanraya Umum Negeri Melaka bermula hari ini. Semua 28 kerusi menyaksikan pertandingan 3, 4, 5 dan 6 Penjuru.

2. UMNO dan BN meletakkan 28 Calon. Sama seperti Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.

3. Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri seperti yang di jangka, akan mengadakan Lawatan Rasmi 3 Hari ke Jakarta, Indonesia, dari 9 hingga 11 November, menjauhkan diri daripada kemelut politik di Negeri Melaka yang semakin panas.

4. Menteri-Menteri Kabinet ramai belum kelihatan turun padang ke Negeri Melaka kecuali TS Annuar Musa, Noraini dan Hishammuddin. Semua yang lain kelihatan berada di dalam Stand-by Mode, tunggu dan lihat dahulu.

5. Keputusan UMNO untuk pergi Solo adalah kerana UMNO sudah tidak mahu bekerjasama dengan Parti BERSATU.

UMNO merasakan BERSATU bukan sahaja akan menjadi pencabar terdekat kepada mereka, kerana kedua-duanya adalah parti Melayu 100% peratus.

6. BERSATU juga di pimpin oleh bekas Pemimpin UMNO. Persamaan antara kedua-dua parti ini amatlah dekat.

Ini amat berbeza dengan kelahirkan parti PKR terdahulu. PKR bukan parti Melayu 100% peratus tetapi sebuah parti politik campuran.

Kehadiran PKR tidak mengugat UMNO.

7. Apabila TS Muhyiddin Yassin dan BERSATU menubuhkan pula PERIKATAN NASIONAL iaitu satu Gabungan parti-parti politik di bawah satu bumbung, seolah-olah seakan akan serupa dengan Gabungan Parti-Parti di dalam Barisan Nasional, menyebabkan UMNO lebih tertekan.

8. Dan apabila Parti PAS, STAR (Sabah), SAPP (Sabah), GERAKAN menyertai PN dan GPS Sarawak pula bersetuju untuk menyertai PN sebagai Rakan Gabungan, BN sudah mula kelihatan seperti satu Gabungan yang sudah ketinggalan dengan hanya ada MCA, MIC dan PBRS (Sabah) sahaja sebagai rakan Gabungan.

9. Kekuatan Perikatan Nasional di Dewan Rakyat setakat 13 Ogos 2021 ialah 50 Ahli Parlimen dan di sokong dengan 4 Ahli Parlimen Bebas, menjadikan jumlah sokong PN ialah 54 MP.

Sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri seramai 149 ADUN. Di Dewan Negara seramai 18 orang.

10. Manakala, Barisan Nasional mempunyai sokongan seramai 42 orang di Dewan Rakyat, 17 di Dewan Negara dan 144 orang di Dewan Undangan Negeri (setelah di tolak 2 dari DUN Melaka).

11. Pilihanraya Negeri Melaka akan jadi Kayu Pengukur Populariti Parti UMNO (BN), Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan sebelum mereka beradu tenaga lagi di PRN Sarawak dan PRU ke 15 Negara.

12. Semua indikasi memperlihatkan Pilihanraya Umum ke 15, akan di adakan dalam waktu terdekat ini, paling tidak 6 bulan dari sekarang.

13. Keputusan Presiden UMNO, Zahid Hamidi untuk UMNO bertanding secara Solo atau bersendirian, akan memberikan peluang seluas-luasnya kepada Parti BN, PN dan PH, to test the market populariti mereka di mata Rakyat.

15. Dan walaupun Zahid Hamidi berada di Jerman, Pilihanraya Negeri Melaka ini juga pasti menjadi kayu pengukur populariti dan strategy Zahid berhadapan dengan Pilihanraya Umum.

16. Saya menerima pertanyaan dari seorang rakan politik yang bertanya, “Adakah benar, Parti BERSATU ini mahu membunuh UMNO ?”

Saya jawab, ini adalah merupakan satu persepsi negatif terhadap BERSATU sahaja.

17. Apa sebenarnya yang berlaku, Strategy TS Muyhiddin Yassin ialah menawarkan SATU ALTERNATIF kepada Orang-Orang Melayu iaitu Parti BERSATU menggantikan Parti UMNO, sekiranya UMNO masih lagi tidak berubah.

18. Sekiranya, Pemimpin UMNO masih lagi mendendangkan lagu lama bahawa Parti UMNO merupakan sebuah parti keramat, parti yang memperjuangkan kemerdekaan negara serta membina negara ini selama 60 tahun lamanya.

Kerana itu orang-orang Muda perlu hargai jasa parti UMNO, dengan terus menyokong UMNO di dalam Pilihanraya-Pilihanraya Umum Negara.

19. Ini strategy lama yang sudah lapuk. Orang-orang Muda tidak peduli semua itu.

Yang orang muda mahu tahu, apa pengisian parti UMNO terhadap Masa Depan Untuk Orang Muda.

Adakah UMNO akan lebih telus dan tidak akan membenarkan pemimpin-pemimpin yang menyalah-gunakan kuasa mendapat tempat dalam parti dan Kerajaan ?

Orang-orang Muda Negara ini mahukan pemimpin-pemimpin yang berwibawa, berwawasan, berpelajaran, bersih serta mampu memberikan harapan yang lebih baik kepada Generasi akan datang.

20. Meremajakan UMNO bukan bermaksud meletakkan lebih ramai Calon orang-orang Muda dalam Pilihanraya Umum.

Meremajakan UMNO sebenarnya bermaksud mendengar denyutan jantung kehendak orang-orang muda.

Orang-orang Muda mahukan Kerajaan Berintergriti, Bersih dan Berwibawa.

21. UMNO memerlukan Strategi yang betul dan tepat untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Negeri Melaka. Pakar-pakar Strategi dan Perunding yang di gunakan oleh parti UMNO dan BN, biarlah dari kalangan yang benar-benar memahami kehendak Rakyat dan Akar Umbi. Bukan retorik semata-mata.

SEKIAN.

The Writer, DATO’ SAIFUL BAHAR, former Principal Private Secretary to the Minister of Entrepreneur and Cooperative Development (2008-2009) and former Principal Private Secretary to the Minister of Agriculture (2009-2013).

Was the former Special Advisor to the Minister of Plantation Industries & Commodities (2016-2018).

He is a Political and Policy Analysts. Study the development of political systems, research various political subjects, including foreign relations, policies and idealogies, and collect and analyze data in order to forecast and understand political trends.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button