Nasional

Raja Muda Perlis ingatkan masyarakat supaya berhati-hati dengan penipuan online

Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terlalu mudah menjadi mangsa kes penipuan online yang kerap berlaku dan melibatkan kerugian yang tinggi.

Sekiranya dihubungi oleh individu-individu tertentu yang menawarkan perkhidmatan atau barangan yang meragui, hendaklah mendapatkan kepastian dengan merujuk terus kepada individu yang berkenaan atau agensi-agensi yang terlibat ataupun membuat semakan sindiket di laman web PDRM iaitu https://semakmule.rmp.gov.my/ dengan segera.

Sesungguhnya sindiket penipuan dan penyelewengan telah lama wujud dan kian berleluasa dengan adanya teknologi komunikasi yang canggih seperti telefon pintar yang boleh memuat turun pelbagai applikasi untuk kegunaan harian.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs bernilai RM700, beras serta bekalan makanan mentah kepada Bidin Khamis, 83 tahun yang tinggal bersama keluarga di Kg Tok Kayaman.

Bidin yang menghidap sakit kaki dan darah tinggi adalah dalam senarai penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs’. Hasil pendapatan keluarga beliau adalah melalui anak yang bekerja kampung.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Mufti Perlis Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

(Visited 74 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button