Politik

Kemelut politik: Semoga pemenangnya adalah rakyat, kata Mohamad Hasan

TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menasihatkan pemimpin yang mempunyai cita-cita politik sewajarnya mengetahui etika dan batasan dalam kemelut politik yang sedang melanda negara ketika ini.

Mohaman berkata, peristiwa politik yang berlaku semalam dan mungkin akan berlanjutan selama berberapa hari itu akan mendatangkan kesan yang amat besar kepada negara.

Biar apapun, beliau amat berharap dalam percaturan percaturan politik yang sedang berlaku akhirnya pemenangnya adalah rakyat, negara dan sistem demokrasi.

“Kepada rakan-rakan di persada politik, cita-cita dan aspirasi politik sesungguhnya adalah wajar, selama pandai menginsafi batasan etika dan nilai.

“Teringat saya pesan Gus Dur. Kata beliau, ‘’yang lebih penting dari politik dan segalanya, adalah kemanusiaan’”

“Semoga Allah SWT memelihara dan memberikan kesejukan kepada bangsa dan negara ini.

“Sesungguhnya kekuasaan penuh berada dalam ketentuan Allah SWT jua. Dialah yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendaki Nya dan mencabut kekuasaan daripada sesiapa yang kehendakiNya,” kata Mohamad.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mendakwa parti Islam itu dan Barisan Nasional mempunyai majoriti mencukupi untuk ditunjukkan kepada Agong petang ini.

Beliau mengumumkan perkara itu kepada pemberita di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

“Kita ada jumlah yang cukup iaitu 129 (ahli Dewan Rakyat). Petang ini kami akan menghadap Agong di Istana Negara,” katanya.

Ketika berita ini ditulis, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga sedang berada di Istana Negara.

Ditanya adakah mereka akan bertemu Agong bersama Mahathir, Takiyuddin sekadar menjawab: “Ya”.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button