Politik

Kembalikan kepada rakyat, bubar parlimen – Najib

DATUK Seri Najib Tun Razak mahu rakyat menentukan kerajaan yang akan memerintah negara ini, iaitu melalui pilihan raya.

Najib berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh kerana perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin mereka dan bukan berpunca daripada Muafakat Nasional.

“Cukuplah krisis ini. Cukuplah cerita backdoor, front door. Rumah pun dah tiada. Nak berlanjutan sampai bila?

“Isu ini jelas pemimpin PH berebut kuasa. Tapi mereka salahkan orang lain? Salahkan UMNO dan PAS?” katanya dalam hantaran ke facebook.

Najib menjelaskan, Muafakat Nasional memang ada beri sokongan kepada usaha pembentukan kerajaan baru selepas runtuhnya PH.

“Ini adalah demi kesinambungan dan kestabilan Malaysia tetapi sokongan yang diberi adalah bersyarat.

“Syaratnya ialah kerajaan baru ini tidak melibatkan DAP.

“Namun, memandangkan syarat ini tidak dapat dipenuhi maka usaha pembentukan kerajaan baru tidak dapat diteruskan lagi.

“Jika macam itu, kita kembali kepada rakyat. Kembalikan hak rakyat menentukan pihak mana yang wajar membentuk kerajaan.

“Kuasa di tangan RAKYAT!” katanya.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button