Luar Negara

Kematian keempat akibat koronavirus baharu dicatat di Wuhan, China

BEIJING, 21 Jan — Kematian keempat akibat jangkitan koronavirus baharu dilaporkan dii Wuhan, China di mana penularan virus itu bermula, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik pengumuman oleh pihak berkuasa kesihatan Wuhan.

Menurut kenyataan jawatankuasa kesihatan bandar itu, setakat waktu tengah malam Ahad, sejumlah 198 kes koronavirus telah dicatat, 25 orang dibenarkan keluar dari hospital manakala empat lagi meninggal dunia akibat jangkitan virus itu.

Kematian terkini berlaku pada lewat Ahad. Seorang lelaki warga emas berusia 89 tahun yang meninggal dunia akibat virus itu mula menunjukkan gejala jangkitan pada 13 Jan dan telah dibawa ke hospital pada Sabtu.

Sejumlah 169 orang sedang dirawat dan sembilan daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa kesihatan Wuhan.

Pada Isnin, Suruhanjaya Kesihatan Negara China telah mengesahkan jangkitan manusia kepada manusia yang membabitkan koronavirus baharu.

Sebelum ini, virus itu dianggap hanya boleh dijangkiti selepas terdedah kepada haiwan yang sakit.

Laporan yang menyaksikan bahawa orang ramai diuji positif bagi jangkitan koronavirus baharu adalah dari Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

Pemeriksaan suhu badan telah diperkenal di sesetengah lapangan terbang untuk memantau mereka yang mungkin dijangkiti virus itu, yang menyebabkan sejenis penyakit radang paru-paru.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button