Jenayah

Keluarga Ivan Smit bercadang saman Polis Malaysia

KELUARGA model remaja dari Holland, Ivana Smit yang ditemukan mati di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 2017 bercadang menyaman polis Malaysia atas kecuaian dalam siasatan kes itu.

Peguam Sankara Nair berkata, notis undang-undang sedang disediakan berdasarkan arahan keluarga terbabit yang berada di Holland, semalam.

“Saya boleh mengesahkan diarah Christina Verstappen, ibu Ivana, untuk memulakan prosiding sivil terhadap polis Malaysia atas pelanggaran tugas statutori dan kecuaian,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Nair tidak memberi maklumat lanjut berhubung perkara itu. Ivana ditemukan mati di Kondominium CapSquare di pusat bandar Kuala Lumpur pada 7 Disember 2017.

Dia ditemukan mati selepas jatuh dari sebuah unit di tingkat 20 milik pasangan Amerika, Alex Johnson dan Luna Almaz. Mendiang berusia 18 tahun ketika itu.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan koroner memutuskan kematiannya ialah nahas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian memerintahkan peguam negara dan polis menyiasat kes itu sebagai kes bunuh selepas mengetepikan keputusan koroner.

Terdahulu, keluarga Smits dan peguamnya kesal dengan pihak berkuasa Malaysia yang belum memaklumkan mereka perkembangan siasatan baharu ke atas kematian mendiang seperti diarahkan oleh Mahkamah Tinggi hampir setahun lalu.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dihubungi bagi mendapatkan perkembangan terkini tetapi setakat ini, masih tiada komen daripadanya.

Ivana berpindah ke Pulau Pinang ketika berusia 3 tahun pada 2002 dan dibesarkan oleh datuk dan neneknya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button