Sukan

Kejohanan Mobile Legend Bang Bang THQ Stay At Home dapat sambutan hangat

Kejohanan Mobile Legend Bang Bang THQ Stay At Home yang berlangsung secara maya sebagai tanda menyokong usaha Kerajaan supaya rakyat terus tinggal di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan bermula 1 hingga 14 Jun mendapat sambutan hangat.

Aimanhaq
Aimanhaq

Pengasas Dan Pengurus Pasukan THQ Esports Club, Aimanhaq Zaharudin berkata, penyertaan yang dibuka pada awal minggu lalu terpaksa ditutup selepas sehari dibuka.

Kejohanan yang dtaja oleh La Crista Hotel, Melaka dan PennaWrites Academy itu telah menarik penyertaan 256 pasukan dan dengan jumlah peserta melangkaui 1500 orang.

“Bagi yang tidak berpeluang menjadi peserta, anda boleh mengikuti kejohanan ini secara virtual di facebook rasmi Team Haq Esports Club.

“Objekif utama THQ dan penaja adalah untuk bersama-sama Kerajaan mengajak anak muda, belia dan masyarakat untuk kekal berada di rumah dan mengisi keluangan masa dengan aktiviti yang bermanfaat.

“Bersama kita kekal di rumah untuk membantu negara mengekang penularan Pandemik COVID-19,” kata Aimanhaq.

Kejohanan yang tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan itu bermula pada 8 Jun dan menawarkan hadiah bernilai RM10,000.

Aimanhaq berkata, lapan pasukan terbaik dari pusingan kelayakan akan tampil di pusingan Playoff yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun sehingga 13 Jun.-SM

 

 

 

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button