Ekonomi

Kegilaan wanita terhadap beg berjenama di Sellection

Melihat beg berjenama dari luar negara semakin permintaan meningkat di kalangan wanita Malaysia, tidak hairanlah ada yang mengambil peluang untuk menjana ekonomi dengan menawarkan perkhidmatan sebagai ‘personal shopper’ di atas talian.

Bermula sebagai seorang ‘personal shopper’ di Montreal Kanada sejak lapan tahun lalu, Puan Nor
Rafidah Khairuddin bersyukur memiliki empayar perniagaan sendiri di tanahair dengan harapan
memenuhi impian setiap wanita untuk tampil anggun dengan barangan asli berjenama ‘kayangan’
dengan harga mampu milik.

Sellection.com ialah kedai fesyen berjenama yang menawarkan lebih 1000 koleksi barangan serta
aksesori berjenama seperti Coach, Michael Kors, Fossil, Kate Spade dan lain-lain, Sellection.com
membantu mereka terutama sekali wanita meningkatkan keyakinan diri dengan tampil dengan
barangan berjenama.

Menurutnya, Sellection kini memperkenalkan Program Keahlian Sellection yang diberi nama SETIAA ia merupakan program keahlian premium yang direka khas untuk semua para palanggan.

“Sempena ulang tahun ke-lima Sellection , kita telah melakukan satu lagi penambahbaikan untuk menghargai pelanggan yang masih setia membeli dengan kami.

“Kami menawarkan baucer eksklusif, penghantaran percuma serta sesi pengambaran yang pasti menyeronokkan, akan menyerlahkan keyakinan para pembeli setia kami. Berpadanan dengan cogan kata SETIAA iaitu Keyakinan, Kesetiaan dan Kebersamaan, kami mengharapkan program ini dapat memberikan nilai tambah buat semua pelanggan-pelanggan setia Sellection.” katanya semasa majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Sellection.

Sellection juga telah menjalankan satu program usahawan ‘Sellection bisnes partner’ yang terdiri daripada pelanggan.

Puan Rafidah Khairuddin bersama-sama dengan para pelanggan setia Sellection ketika di majlis Rumah Terbuka baru-baru ini.
Puan Rafidah Khairuddin bersama-sama dengan para pelanggan setia Sellection ketika di majlis Rumah Terbuka baru-baru ini.

“Bermula dari pelanggan kini menjadi agen dan dropship di mana mereka mempromosikan hand bag malah menerima komisen yang telah ditetapkan,’’ ujarnya.

Pada pendapat Rafidah sendiri, tidak kira sama ada lelaki atau perempuan meskipun wanita berkerjaya dan cuma suri rumah perlu tampil bergaya kerana penampilan pada pandangan utama adalah sangat penting .

“Apa yang kita pakai, apa yang kita katakan, dan apa yang kita tonjolkan kepada orang luar akan menjadi satu pandangan.

Dalam perancangan akan datang, Nor Rafidah juga bakal mengeluarkan jenama sendiri bahkan terbuka untuk berkolaborasi bersama jenama tempatan.

Selain itu Sellection juga menawarkan pembelian secara ansuran melalui beberapa saluran seperti Atome dan myIOU.

Sellection.com merupakan butik barangan berjenama yang menawarkan lebih 1000 koleksi termasuk aksesori seperti Coach, Michael Kors, Fossil, Kate Spade.

untuk informasi lanjut tentang SETIAA, sila layari www.setiaa.com

 

 

(Visited 213 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button