Luar Negara

Kegagalan fungsi gear pendaratan mungkin punca pesawat Jeju Air terhempas

KEGAGALAN fungsi gear pendaratan berkemungkinan menyebabkan pesawat penumpang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad, selepas cubaan pendaratan pertama gagal, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa.

Pesawat Jeju Air yang membawa seramai 181 penumpang dari Bangkok, Thailand itu cuba mendarat di lapangan terbang terbabit pada 9.07 pagi apabila ia terkeluar dari landasan dan melanggar pagar, mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang dan mencederakan yang lain.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, pesawat itu cuba mendarat akibat kerosakan gear pendaratan ketika nahas berlaku, selepas percubaan pendaratan pertamanya gagal.

Ia bagaimanapun dilihat gagal mengurangkan kelajuan sehingga sampai ke penghujung landasan dan merempuh struktur di pinggir luar lapangan terbang, kata pihak berkuasa.

Nahas itu merosakkan pesawat dengan sangat teruk dan mengakibatkan kebakaran.

Saksi berkata, tanda-tanda bahawa gear pendaratan pesawat seperti tayar masih tidak diaktifkan mungkin memperlihatkan cubaannya mendarat cemas, dengan perlanggaran kapal terbang itu dianggap sebagai punca kerosakan.

Kreadit; BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button