Ekonomipilihan

Kedudukan tinggi dolar menjelang data KDNK AS jejas nilai ringgit

Ringgit meneruskan aliran rendah semasa awal dagangan pada Khamis berikutan dolar Amerika Syarikat (AS) kekal tinggi.
Dolas AS menguikuh ekoran peserta pasaran menunggu angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama AS hari ini selain data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) bagi Mac esok.
Pada pukul 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Memetik BERNAMA, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ekonomi AS pada suku pertama diunjurkan berkembang 2.4 peratus suku ke suku daripada 3.4 peratus sebelumnya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button