Nasional

Kedah benarkan aktiviti keagamaan di zon hijau

KERAJAAN Kedah membenarkan aktiviti keagamaan dan majlis ilmu di masjid dan surau di zon hijau, kuning dan jingga sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok sehingga 18 Februari.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Mohd. Yusri Md. Daud, bagaimanapun ia terhad kepada kuliah Maghrib dan bacaan Yassin pada malam Jumaat.

Ia perlu diadakan dalam skala kecil yang tidak melebihi kapasiti separuh ruang solat utama.

Program yang dilaksanakan pula katanya, tidak boleh diadakan melebihi 45 minit dan hanya khusus untuk anak kariah masjid dengan mematuhi normal baharu yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Sebarang program keagamaan dan majlis ilmu di kawasan zon merah, berskala besar dan membabitkan jemputan rentas negeri sama sekali tidak dibenarkan dilaksanakan di Kedah.

“Kita juga tidak membenarkan aktiviti sosial dan kemasyarakatan di masjid dan surau seperti jamuan, gotong-royong, kenduri dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan.

Bagi aktiviti pengurusan jenazah bukan Covid-19 pula katanya, turut dibenarkan dan solat jenazah bagi zon hijau, kuning dan jingga hanya terhad kepada pegawai atau jawatankuasa masjid, ahli keluarga si mati dan anak kariah sahaja mengikut ruang solat utama masjid. – SM

 

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button