Nasionalpilihan

Kebocoran data JPN disyaki ada kaitan dengan orang dalam

POLIS tidak menafikan orang dalam terlibat dengan insiden kebocoran dan penjualan data Jabatan Pendaftaran Negara seperti yang tular baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Mat Din berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara itu selepas satu laporan polis dibuat sebelum ini.

“Laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Pengarah JPN di Balai Polis Precint 7, Putrajaya pada 27 September lalu.

“Siasatan sedang dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi menyiasat lanjut dan mengesahkan berlaku penggodaman atau tidak.

“Sistem JPN dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga sedang disiasat untuk mencari punca kebocoran itu belaku,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Kamarudin turut memaklumkan bahawa satu pasukan akan diwujudkan untuk menyiasat perkara tersebut.

Jelasnya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan pihak lain antaranya Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Baru-baru ini, tular di media sosial berkaitan data peribadi milik orang awam yang dijual dengan harga RM35,000.

Data tersebut didakwa melibatkan individu yang lahir dari tahun 1979 hingga 1998. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button