Ke mana hala institusi politik Melayu?
Komentar
MAHU tak mahu kerajaan harus akur menyerap kebimbangan orang Melayu yang cuak dengan tindak tanduk kumpulan cauvinis tertentu kebelakangan ini.
Diakui, insiden membawa pulang abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, bantahan keras pertubuhan cauvinis Cina, Dong Zong terhadap pembelajaran khat Jawi di sekolah vernakular serta satu dua lagi isu begitu menganggu-gugat keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.
Suara Merdeka ingin bertanya: Adakah golongan cauvinis anti-nasional ini sudah sekian lama merancang untuk merepublikkan negara ini?
Musuh di luar sana kelihatan mahu mengendong “PKM” bersamanya, gerakan evangelicalism dan unsur keganasan. Mereka semakin berani dan biadab.
Institusi-institusi utama yang diamanah untuk menjaga kepentingan Melayu kian pudar. Malah, malfunction serta menjahanamkan banyak agenda kepentingan Melayu.
Istana terus buat tak peduli. Makin jauhkan diri dari kita, ummah. Institusi politik Melayu terus berpatah arang berkerat rotan. Berpecah sembilan berseru sesama sendiri. Heret sama ummah berseteru.
Kakitangan Melayu kian takut bersuara sebab ramai daripadanya berpekung di dada.
Kepimpinan dan pengurusan korporat Melayu ibarat kacang lupakan kulit.
– SUARA MERDEKA