Luar Negara

Remaja rakyat Malaysia mati kemalangan skateboarding di Townsville

SEORANG remaja lelaki rakyat Malaysia terbunuh dalam kemalangan ketika bermain skateboard bersama rakan-rakannya di Townsville, Australia.

Polis di Queensland memberitahu mangsa yang berumur 16 tahun, seorang pelancong bercuti bersama keluarganya, ditemui dalam keadaan kritikal oleh paramedik kira-kira 2.30 petang semalam di Jezzine Barracks di North Ward.

Anggota perkhidmatan kecemasan cuba menyelamatkan remaja lelaki itu tetapi dia meninggal dunia di tempat kejadian tidak lama kemudian.

“Siasatan awal mendapati budak lelaki itu gagal memberhentikan skateboard ketika menuruni bukit sehingga merempuh sebatang tiang,” kata Polis Queensland dalam satu kenyataan.

Sarjan Jonathan Searle memberitahu Courier Mail, budak lelaki itu – yang merupakan warganegara Malaysia bercuti bersama keluarganya di Australia – memakai topi keledar pada masa kemalangan dan meluncur dengan rakan-rakan.

“Beberapa orang dewasa dan anak-anak lain yang bersama dengannya datang membantu,” katanya.

(Visited 342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button