Hiburan

Kazar kunci mulut desas-desus anaknya diceraikan

Industri hiburan tiba-tiba kecoh apabila timbul desas-desus anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi, diceraikan oleh Syamsul Yusof.

Sana sini orang bercerita, selepas diceraikan, Ira Kazar diusir keluar dari rumah.

Portal OhBulan! Dilaporkan sempat menghubungi Kazar untuk pengesahan terhadap khabar angin yang sedang tertiup kencang itu..

Kazar enggan ulas anaknya diceraikan oleh pengarah terkenal

Bagaimana pun, Kazar, 64, mengatakan beliau masih belum mengetahui duduk perkara sebenar yang berlaku dalam rumahtangga anaknya itu.

“Pula, netizen tak ada kerja.” Begitulah jawapan ringkas yang terpacul dari mulut Kazar.

Pelakon yang popular menerusi drama Susuk itu menghantar sekeping foto potongan doa daripada Surah Ali Imram menerusi WhatsApp supaya mendoakan yang baik-baik sahaja.

Walaupun punca perceraian tidak dapat disahkan sama ada oleh pihak Ira atau Syamsul sendiri namun faktor kesihatan dibangkitkan sebagai berlakunya perceraian dalam perkahwian tersebut.

Untuk rekod, Syamsul Yusof, pelakon dan Pengarah filem tanah air mengumumkan beliau bernikah dengan Ira Kazar di Thailand pada 5 Januari lalu.

Susulan daripada pengumuman terbukanya itu, beliau berhadapan dengan kemelut rumah tangga yang dibinanya dengan aktres Puteri Sarah pada 8 Mac 2014.

Akhirnya pada 14 Jun lalu, anak kepada Produser dan Pengarah Six Million Dollar, Datuk Yusof Haslam ini akur dan melepaskan Puteri Sarah dengan talak satu.

Hasil perkongsian hidup di antara Syamsul dan Puteri Sarah, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sementara itu, semalam, dalam satu temubual bersama media tempatan, Datuk Yusof menitiskan air mata apabila memaklumkan bahawa sudah agak lama Syamsul tidak pulang ke rumah menjenguk orang tuanya.
Yusof turut mengingatkan anaknya itu jangan menunggu sehingga orang tuanya sudah tiada, baharulah mahu mencari mereka.

Datin Patimah Ismail pula apabila dihubungi media, enggan mengambil tahu mengenai khabar angin yang mengaitkan anak sulungnya itu sudah berpisah dengan Ira Kazar.

Buat kesekian kalinya, beliau menegaskan bahawa Puteri Sarah Liyana adalah satu-satunya menantu beliau menerusi perkahwinan Syamsul dengan Puteri Sarah sebelum ini. – SM.

Artikle Berkaitan :>

Kini bekas kakak ipar Ira Kazar pula bakal disaman oleh Puteri Sarah!

Akhirnya Syamsul Yusof mengaku nikah Ira Kazar

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button