Nasional

Kayuh lebih 10KM, lelaki disaman

Dua lelaki dikompaun kerana telah melanggar SOP PKP 2.0 iaitu mengayuh basikal melebihi 10 KM daripada kawasan kediamannya oleh Polis Daerah Manjung, Perak, kelmarin.

Polis Manjung memaklumkan tindakan kompaun telah dikeluarkan terhadap dua individu tersebut di bawah kesalahan tidak melakukan langkah pencegahan (Peraturan 15) PPPPPB 2021 (NO. 2).

Pengayuh basikal dinasihatkan agar tidak melanggar SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MKN) dalam tempoh PKP 2.0 ini. PDRM IPD Manjung akan sentiasa memantau SOP PKP 2.0 dari semasa ke semasa supaya wabak Covid-19 ini dapat dibendung.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button